Apa itu Insurans?
Apakah jenis-jenis insurans?
Apa itu Polisi pihak ketiga (third party)/polisi komprehensif?
Polisi Komprehensif
Apa yang patut anda lakukan semasa mengisi Borang Cadangan?
Apa yang terjadi jika ejen insurans melakukan kesilapan atau mengisi maklumat yang tidak benar?
Apa dia Nota Lindungan (Cover Note)?
Apa yang patut anda lakukan sernasa mernpertimbangkan untulk membeli polisi?
Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda ditimpa kemalangan
Perkara Yang Perlu Diingat
- Apa itu Insurans?
- Apabila anda membeli polisi insurans dengan membayar premium kepada syarikat insurans anda telah mengikat kontrak dengan syarikat insurans yang akan berkewajiban membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui apabila berlaku sesuatu kemalangan atau kematian terhadap anda.
Apakah jenis-jenis insurans?
- Terdapat berbagai-bagai jenis insurans untuk melindungi anda dari semua jenis risiko seperti insurans nyawa, insurans kenderaan dan insurans kebakaran.
- Semua jenis insurans termasuk insurans motor bertujuan menolong anda mengurangkan atau menampung kerugian kewangan akibat berlakunya sesuatu kecelakaan. Oleh itu, sebuah polisi insurans sebenarnya merupakan sesuatu kontrak di antara pihak syarikat insurans dan pihak pengguna bahawa pampasan akan dibayar jika kecelakaan atau kemalangan yang disebutkan di dalam polisi itu berlaku. Walau bagaimanapun, pampasan hanya akan dibuat bergantung kepada premium yang dibayar.
- Insurans Nyawa
- Tujuan insurans nyawa ialah untuk memberi jaminan kewangan kepada anak-anak dan tanggungan lain yang berada di bawah tanggungan pencari nafkah jika beliau meninggal dunia. Insurans penggal memberi perlindungan insurans untuk beberapa tahun yang ditetapkan (term). Jika pemegang polisi meninggal dunia dalam tempoh itu, keluarga beliau akan mendapat jumlah yang diinsuranskan. Tetapi jika pemegang polisi tidak meninggal dunia dalam jangka masa yang ditetapkan itu, beliau tidak akan mendapat apa-apa dari syarikat insurans berkenaan. Keistimewaan insurans penggal adalah premium yang dibayar adalah lebih rendah berbanding dengan insurans lain.
- Untuk jenis insurans yang lain seperti insurans endowmen, polisinya ialah untuk jangka waktu tertentu. Pemegang polisi akan menerima jumlah yang diinsuranskan pada akhir tempoh yang ditetapkan.
- Walau bagaimanapun, sekiranya pemegang polisi meninggal dunia sebelum tempoh yang ditetapkan, keluarganya berhak menerima bayaran daripada polisi tersebut. Bagi polisi insurans nyawa seumur hidup, pemegang polisi membayar premium untuk seumur hidup. Apabila pernegang polisi meninggal dunia, keluarga beliau akan menerima kesemua jumlah wang yang diinsuranskan. Jika pemegang polisi menyerahkan polisi beliau selepas 20 atau 30 tahun, sebelum kematiannya seperti yang dinyatakan di dalam polisi, beliau akan mendapat balik sejumlah wang yang tertentu - iaitu jumlah yang beliau telah bayar campur dengan sebahagian dari keuntungan pelaburan kumpulan wang insurans berkenaan.
- Jenis insurans yang akan memberi faedah adalah satu polisi yang dapat memberi perlindungan maksimum dengan kos yang minimum.
- Untuk maklumat lanjut tentang insurans hubungi :
- 1. Persatuan Insurans Am Malaysia
- Tingkat 3, Wisma PIAM
- 150 Jalan Tun Sambanthan
- 50470 Kuala Lumpur
- 2. Persatuan Insurans Nyawa Malaysia
- 49, Jalan Kampung Pandan
- 55100 Kuala Lumpur.
- Panduan Untulk Membeli Insurans
- Pastikan ejen insurans anda berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
- Bacalah polisi insurans daripada ejen anda tentang syarat-syarat yang terkandung di dalam polisi dan semak penjelasan itu dengan PIAM atau rakan-rakan yang mungkin telah mengambil polisi yang sama.
- Pastikan semua faedah yang akan diperolehi dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian.
- Insurans Motor
- Perlindungan insurans motor ialah satu kemestian bagi semua kenderaan yang digunakan di jalanraya.
- la adalah untuk menjamin supaya pemandu-pemandu dilindungi daripada liabiliti (tangungan) yang mungkin wujud jika berlaku sesuatu kemalangan. Jenis insurans kenderaan yang biasa ialah Polisi Pihak Ketiga dan Polisi Komprehensif. Perlindungan lain bolehlah diperolehi mengikut pilihan pemegang polisi.
- Apa itu Polisi pihak ketiga (third party)/polisi komprehensif?
- Polisi pihak ketiga /(Third Party Policy) - jika anda memandu kereta dan melanggar kereta milik B, di bawah insurans pihak ketiga, syarikat insurans anda hanya akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan terhadap kecederaan, kematian pemandu atau penumpang kereta B dan juga kepada kereta B sahaja.
- Polisi Komprehensif
- Jika perkara yang sama berlaku dan anda memegang polisi insurans komprehensif, anda adalah dilindungi daripada liabiliti yang wujud akibat kematian atau kecederaan anggota badan pemandu atau penumpang dan kereta B serta kerosakan yang berlaku ke atas kereta anda. Syarikat insurans juga akan membayar gantirugi kepada anda sekiranya kereta anda hilang, dicuri ataupun musnah akibat kebakaran.
- Apa yang patut anda lakukan semasa mengisi Borang Cadangan?
- Semasa mengisi Borang Cadangan, anda mestilah menyatakan segala fakta material yang dikehendaki setakat yang anda ketahui. Fakta-fakta material ini akan mempengaruhi syarikat insurans sama ada akan menerima atau menolak cadangan anda ataupun mengenakan bayaran tambahan. Di dalam Insurans Kehidupan atau Nyawa, fakta-fakta mengenai kesihatan dan pekerjaan anda merupakan fakta material.
- Bagi insurans motor pula, rekod kemalangan, pengubahsuaian yang dilakukan ke atas kenderaan, umur kenderaan serta umur, pengalaman dan pekerjaan pemilik kenderaan adalah fakta material.
- Apa yang terjadi jika ejen insurans melakukan kesilapan atau mengisi maklumat yang tidak benar?
- Sekalipun perkara ini berlaku bukan disebabkan kesilapan anda, Syarikat Insurans boleh menolak kontrak. Oleh yang demikian, anda hendaklah sentiasa membaca apa yang ditulis atau diisi secara teliti sebelum menandatangani borang cadangan insurans motor.
- Apa dia Nota Lindungan (Cover Note)?
- Setelah anda membayar premium, ejen akan mengeluarkan nota perlindungan (covernote) sebagai perlindungan sementara sebelum syarikat insurans memutuskan sama ada untuk membatalkan atau menerima cadangan anda. la akan tamat sama ada selepas tarikh tamat nota berkenaan atau apabila cadangan anda ditolak atau bila polisi dikeluarkan oleh syarikat insurans.
- Pastikan anda mendapat satu salinan nota perlindungan yang dilengkapi dengan segala keterangan mengenai perlindungan insurans motor seperti jumlah diinsuranskan, premium, ekses dan tempoh perlindungan selepas membayar premium kepada ejen insurans.
- Sila hubungi syarikat insurans anda sekiranya anda tidak menerima polisi insurans selepas 30 hari.
- Apa yang patut anda lakukan sernasa mernpertimbangkan untulk membeli polisi?
- 1 . Sentiasa membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat polisi.
- 2. Jangan membeli polisi insurans hanya kerana desakan dari ejen insurans. Lakukan hanya apabila anda sudah mengetahui apakah sebenarnya polisi berkenaan dan jika anda memerlukannya. Walau bagaimanapun, di bawah undang-undang, anda perlu memiliki insurans kenderaan bermotor.
- 3. Apabila anda sudah memiliki polisi tertentu anda mestilah sentiasa menepati bayaran premium yang ditentukan.
4. Jika anda mengambil terlalu banyak polisi, syarikat insurans mungkin akan meraguinya dan mungkin akan membatalkan polisi anda.
- Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda ditimpa kemalangan
- Buat laporan kepada pihak polis dalam masa 24 jam mengenai kemalangan berkenaan.
- Maklumkan syarikat insurans anda secara bertulis dengan secepat mungkin segala butir-butir mengenai kerosakan ataupun kehilangan yang berlaku denganmenyertakan laporan polis. Tempoh masa yang munasabah untuk melaporkan kepada syarikat insurans adalah 14 hari. Walau bagimanapun, untuk kes-kes yang melibatkan kecederaan anggota badan, di mana pemegang polisi dimasukkan ke hospital akibat kemalangan, mereka hendaklah melaporkan kepada syarikat insurans sebaik sahaja berupaya untuk berbuat demikian. Jika ada kes, pihak lain mendakwa anda dan anda menerima saman ke Mahkamah, jangan sekali-kali mengaku salah tetapi maklumkan perkara ini kepada syarikat insurans anda. Jika anda tidak berbuat demikian, syarikat insurans mungkin tidak akan bertanggungjawab mempertahankan kepentingan anda apabila ada tuntutan terhadap anda atau tuntutan ke atas kerosakan kenderaan orang lain.
- Perkara Yang Perlu Diingat
- Adakah anda memiliki polisi insurans kenderaan bermotor atau polisi insurans nyawa? Sudahkah anda membaca terma dan syaratsyarat polisi berkenaan? Adakah anda mengetahui bahawa anda terikat kepada berbagai terma dan syarat?
Dipetik daripada : Panduan Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.
Read more...