Wednesday, January 28, 2009

Life Insurance


Buying life insurance for you and your loved ones helps provide some financial security in times of hardship. The money from your policy will be paid to your loved ones when you pass away or to you should you suffer a total and permanent disability or loss

Income Tax Relief

You can claim for tax relief of up to a maximum amount of RM6,000 per year for an ordinary life policy. This is inclusive of any contributions you have paid to an approved retirement benefit scheme such as the Employees Provident Fund or other pension scheme.

Why Should I Buy Insurance?

  • To ensure that your immediate family has some financial support after your demise
  • To finance your children’s education
  • To have a savings plan for the future so that you have a constant source of income after retirement
  • To ensure that you have extra income when your earnings are reduced due to serious illness or accident
Choosing A Policy

When it comes to choosing a policy, always:
  • Consider a policy that best suits your life stage
  • Understand the scope of cover provided under the
    policy
  • Be aware of the circumstances should you need to switch policies

Basic Type Of Policies

Term insurance
This offers insurance protection for a limited period only whereby the money is paid up if you pass away or if you suffer total and permanent disability.

Whole life insurance
Life-long protection and premiums are paid throughout your life and the money including any bonuses will be paid when you pass away or suffer total and permanent disability.

Endowment
A combination of protection and savings whereby the money will be paid at the end of a specific period upon your demise or if you suffer total and permanent disability.

Investment-linked
For investment-linked insurance, your premium is used to buy life insurance protection and units in a fund managed by the life insurance company. The benefits paid to you or your nominee will depend on the price of the units at the time you surrender your policy or when you pass away.

Life annuity plan
Series of payments paid to you until you pass away. Types of annuity include immediate annuity or deferred annuity.

Supplementary rider/cover
A rider is a supplement attached to the basic insurance plan such as endowment or whole life.

Mortgage reducing term assurance (MRTA)
An insurance protection plan that covers the repayment of an outstanding property loan to the financial institution in the event of untimely death, disability or critical illness of the borrower.


What You Need To Remember About Your Policy
  • Keep a note of the premium due dates. Your policy may lapse if your premiums are not paid when due.
  • Always insist on a receipt as proof of payment
  • Make sure you state your age and other essential personal particulars correctly in the proposal form
  • Review your insurance needs regularly
  • Keep your policy document in a safe place
  • Keep the basic information such as the life insurance company, policy type, policy number and the names of your nominees in a separate place.
  • Always ask your insurance agent when in doubt of anything related to your policy
  • Give full facts in your application fully and faithfully

Importance Of Disclosure

Remember to faithfully disclose all the facts in your application form. If your insurance agent fills out your application for you, be sure to read and understand the requirements carefully before signing the form. Otherwise, any non-disclosure of material fact can cause your policy to be void.


Source: http://www.insuranceinfo.com.my/choose_your_cover/secure_your_future/life_insurance.php?intPrefLangID=1&


Read more...

Apa Yang Anda Perlu Tahu: Insurans Hayat


Pembelian polisi insurans hayat, sama ada untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang, menjanjikan jaminan kewangan sewaktu susah. Waris anda layak menerima sejumlah wang jika anda meninggal dunia. Anda juga boleh menerima pampasan untuk sebarang kecacatan kekal yang menimpa anda.


Memahami Peruntukan-peruntukan Penting Dalam Kontrak Polisi Hayat

Premium
Ini ialah wang yang anda bayar kepada syarikat insurans hayat untuk perlindungan insurans



Bonus
Wang tambahan yang dibayar bersama-sama manfaat akhir polisi sertaan. Walau bagaimanapun, pemberian bonus tidak dijamin dan bergantung kepada prestasi pelaburan dana insurans anda.

Pinjaman Polisi
Anda boleh mengambil pinjaman polisi sekiranya polisi anda mempunyai nilai tunai. Faedah akan dikenakan pada pinjaman polisi anda.

Berbayar Terkurang
Jika polisi anda mempunyai nilai tunai, anda boleh memilih untuk berhenti membayar premium. Polisi anda akan terus berkuatkuasa tetapi nilai yang diinsuranskan akan berkurangan.

Bunuh Diri
Tiada sebarang bayaran akan dibuat kepada penama sekiranya kematian berpunca daripada membunuh diri dalam tempoh setahun perlindungan, seperti yang dinyatakan di dalam polisi anda.

Tempoh Membuat Keputusan
Anda boleh membatalkan polisi insurans anda dengan memulangkan polisi anda kepada syarikat insurans terbabit di dalam masa 15 hari selepas anda menerima dokumen-dokumen polisi anda. Premium yang anda bayar ditolak fi pemeriksaan perubatan yang dikenakan akan dikembalikan kepada anda.

Penyerahan Hak
Anda boleh memindahkan polisi insurans hayat anda kepada orang atau organisasi lain dengan syarat anda memberi notis bertulis kepada syarikat insurans anda.

Kerahsiaan Maklumat
Semua maklumat peribadi anda, termasuklah maklumat perubatan adalah rahsia dan syarikat insurans hayat anda tidak boleh sama sekali mendedahkan maklumat itu kepada pihak ketiga.

Pengecualian
Risiko yang tidak dilindungi polisi anda.

Nilai tunai/serahan
Apabila polisi anda telah berkuat kuasa selama minimum 3 tahun, ia memperolehi nilai tunai (atau nilai serahan). Ini ialah amaun tunai yang akan dibayar oleh syarikat insurans apabila anda membatalkan polisi anda. Walau bagaimanapun, anda akan rugi jika menyerahkan polisi sebelum ia matang.

Tempoh Tangguh



Jika anda lambat menjelaskan premium bulanan anda, tempoh tangguh selama 15 hari akan diberi untuk anda melunaskan bayaran anda. Untuk bayaran secara tahunan atau setengah tahunan, tempoh tangguh anda ialah 30 hari. Jika bayaran masih tidak dijelaskan di dalam tempoh tangguh, polisi anda mungkin luput atau tertakluk kepada polisi berbayar terkurang atau pinjaman premium automatik.

Pinjaman Premium Automatik
Sesetengah syarikat insurans akan secara automatik memberikan pinjaman pembayaran premium untuk anda jika anda tidak menjelaskan premium anda di dalam tempoh tangguh dengan syarat polisi anda mempunyai nilai tunai yang mencukupi. Walau bagaimanapun, anda akan dikenakan faedah ke atas amaun pinjaman premium yang tertunggak.



Tidak Boleh Tanding
Syarikat insurans tidak boleh mempertikai kesahihan polisi yang telah berkuat kuasa selama dua tahun. Sekiranya syarikat insurans anda enggan membayar tuntutan anda, syarikat insurans itu mestilah membuktikan anda memperoleh polisi tersebut melalui penipuan.

Pengembalian Semula
Polisi insurans yang telah luput boleh dihidupkan atau dikembalikan semula di dalam tempoh masa tertentu mengikut syarat-syarat tertentu.

Terma dan Syarat
Perkara-perkara di bawah terma dan syarat ini merupakan hak dan tanggungjawab anda dan syarikat insurans anda.


Panduan Membeli Insurans Hayat

Pastikan anda membeli insurans hayat daripada syarikat insurans berlesen melalui ejen insurans yang sah.
Membeli insurans hayat merupakan satu perkara yang penting sebagai jaminan kewangan keluarga di masa hadapan. Senarai syarikat insurans berlesen boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia dan sekiranya anda perlu maklumat lanjut, hubungi Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).

Buat perbandingan kadar premium
Meneliti dan membuat perbandingan kadar premium dan manfaat insurans daripada beberapa syarikat insurans. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang serupa kerana tidak semua polisi insurans mempunyai manfaat yang sama.

Fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
Pastikan anda memahami semua peruntukan di dalam polisi yang ingin anda beli. Jika perlu, dapatkan penerangan daripada syarikat insurans. Berhati-hati jika anda dijanjikan bonus atau skala dividen.

Elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
Jangan rasa tertekan untuk membeli produk-produk yang dipakej sekali yang mungkin mengandungi perlindungan tetap yang tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pilihan bagi mendapatkan perlindungan tambahan atau rider dengan premium tambahan yang memberi nilai pulangan yang lebih baik.

Pastikan insurans hayat yang dicadangkan benar-benar sesuai untuk anda
Semak polisi yang dicadangkan dengan teliti bagi memastikan ia menepati keperluan peribadi anda.

Periksa tarikh insurans anda berkuat kuasa
Tarikh insurans anda berkuat kuasa mungkin berbeza daripada tarikh syarikat insurans anda mengeluarkan polisi itu. Tanya ejen insurans anda bilakah tarikh polisi anda berkuat kuasa.

Isi borang permohonan anda dengan teliti

Jangan menandatangani cadangan atau borang permohonan kosong. Pastikan semua maklumat di dalam borang cadangan anda lengkap dan tepat bagi mengelakkan kelewatan atau tuntutan ditolak.

Pastikan premium dibayar kepada syarikat insurans
Pastikan anda membuat pembayaran cek atau kiriman wang kepada syarikat insurans anda dan bukan kepada ejen insurans dan minta resit selepas pembayaran sebagai bukti pembayaran.

Baca polisi anda apabila anda menerimanya
Anda diberi masa selama 15 hari untuk meneliti kandungan polisi selepas menerimanya. Gunakan peluang ini untuk memastikan polisi itu benar-benar sesuai untuk anda.


Kepentingan Membuat Penamaan


Tujuan anda membeli insurans hayat adalah untuk memastikan mereka yang tersayang dilindungi daripada segi kewangan sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini ke atas anda. Dengan membuat penamaan, proses pengagihan wang polisi anda dapat dilakukan dengan lebih cepat.

Bilakah saya perlu membuat penamaan?

Jika anda berumur 18 tahun ke atas, anda boleh menamakan seorang individu atau beberapa individu untuk menerima wang polisi anda jika anda meninggal dunia. Penamaan anda boleh dibuat ketika anda memohon polisi tersebut.

Siapakah yang boleh saya namakan sebagai penama?

Anda bebas menamakan sesiapa yang anda kehendaki. Walau bagaimanapun, tidak semua penama akan menerima wang polisi secara benifisial atau untuk kegunaan sendiri. Untuk maklumat lanjut, muat turun buku panduan kami.

Bagaimana saya membuat penamaan?

1. Isi borang penamaan yang disediakan syarikat insurans anda. Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat, seperti nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau sijil kelahiran serta alamat.

2. Pastikan borang penamaan anda ditandatangani oleh seorang saksi berumur 18 tahun ke atas yang bukan merupakan penama anda.

3. Pastikan syarikat insurans anda mengesahkan penamaan anda, sama ada di dalam dokumen polisi atau borang penamaan.


Apa yang akan terjadi jika saya tidak membuat penamaan?

Jika anda tidak membuat penamaan, syarikat insurans hanya akan membayar wang polisi kepada pemohon yang mengemukakan Perintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atau Perintah Pembahagian Walaubagaimanapun, atas budi bicaranya, syarikat insurans boleh membuat bayaran kepada pihak yang menuntut tanpa dokumen-dokumen tersebut. Untuk maklumat lanjut, muat turun buku panduan kami.

Sumber: http://www.insuranceinfo.com.my/choose_your_cover/things_to_note/life_insurance.php?intPrefLangID=2&#content3



Read more...

Insurans Hayat


Membeli insurans hayat untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang dapat membantu anda daripada segi kewangan ketika dalam kesusahan. Waris anda layak menerima sejumlah wang daripada polisi anda jika anda meninggal dunia. Anda juga boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan kekal yang menimpa anda.

Mengapa saya perlu membeli insurans hayat?

  • Bagi memastikan keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda.
  • Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
  • Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan sebagai sumber pendapatan apabila bersara.
Apakah polisi yang patut saya beli?

Apabila memilih polisi, anda harus:
  • Memilih polisi yang sesuai dengan peringkat hidup anda
  • Memahami skop perlindungan yang ditawarkan polisi tersebut
  • Mengetahui apa yang akan terjadi jika anda perlu menukar polisi
  • Memberi maklumat penuh dan tepat di dalam permohonan anda
Jenis-jenis polisi asas

Insurans bertempoh
  • Polisi ini menawarkan perlindungan insurans untuk tempoh terhad sahaja. Wang manfaat dibayar hanya setelah kematian atau sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal semasa dalam tempoh polisi.
Insurans hayat seumur hidup
  • Polisi ini menawarkan perlindungan sepanjang hayat dan premiumnya dibayar seumur hidup anda. Wang manfaatnya, termasuk apa-apa bonus, akan dibayar setelah kematian atau sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.
Insurans endowmen
  • Polisi ini menggabungkan perlindungan dan tabungan. Wang manfaatnya akan dibayar pada akhir tempoh yang ditetapkan berikutan kematian atau jika anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal. Sekiranya anda masih hidup apabila polisi matang, anda akan mendapat wang berkenaan; jika sebaliknya, wang itu akan diberi kepada penama anda
Insurans berkaitan pelaburan
  • Premium anda digunakan untuk membeli perlindungan insurans hayat dan unit saham di dalam dana yang diurus oleh syarikat insurans hayat. Harga unit tersebut adalah berasaskan prestasi pelaburan dana yang diuruskan. Manfaat yang dibayar kepada anda atau penama anda bergantung kepada harga unit saham pada masa anda menyerahkan polisi atau apabila anda meninggal dunia.
Pelan anuiti hayat
  • Anuiti ialah satu siri bayaran yang dibuat kepada anda sehingga anda meninggal dunia. Terdapat dua jenis anuiti iaitu anuiti serta-merta dan anuiti tertunda.
Perlindungan/‘rider’ tambahan
  • 'Rider' ialah perlindungan tambahan yang dilampirkan bersama pelan insurans asas seperti endowmen atau seumur hidup. Ia memberikan anda fleksibiliti untuk memenuhi keperluan individu anda, seperti perlindungan terhadap kemalangan, hilang upaya atau masuk hospital. Anda diperlukan membayar premium tambahan.
Insurans bertempoh gadai janji berkurangan (mortgage reducing term assurance - MRTA)
  • Perlindungan insurans yang meliputi pembayaran balik pinjaman pembelian hartanah tertunggak kepada institusi kewangan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau sakit kritikal peminjam

Apakah yang anda perlu ingat tentang polisi anda?
  • Buatlah catatan tentang tarikh premium perlu dibayar. Sekiranya bayaran tidak dibuat mengikut tarikhnya, polisi insurans hayat anda mungkin luput.
  • Pastikan anda sentiasa meminta resit sebagai bukti pembayaran.
  • Pastikan umur anda yang tercatat di dalam borang permohonan adalah tepat.
  • Sentiasalah menyemak semula keperluan insurans anda.
  • Menyimpan dokumen-dokumen polisi anda di tempat yang selamat.
  • Salinkan maklumat asas seperti syarikat insurans pengeluar polisi anda, jenis polisi, nombor polisi dan nama-nama waris anda di tempat lain.
  • Membuat pertanyaan kepada ejen insurans anda jika terdapat sebarang kemusykilan.
Kepentingan Pendedahan

Anda mestilah memberikan semua fakta penting dalam borang permohonan anda sepenuhnya dan secara jujur. Sekiranya ejen anda mengisikan borang permohonan untuk anda, baca dan fahamilah keperluan dalam borang tersebut dengan teliti sebelum anda menandatangani borang berkenaan. Jika tidak, polisi insurans hayat anda mungkin boleh terbatal.

Source: http://www.insuranceinfo.com.my/choose_your_cover/secure_your_future/life_insurance.php?intPrefLangID=2&


Read more...